Sunday, January 18, 2009

Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang
biasa.

Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh
orang
biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan
pada
masa akan datang.

Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan
daripada
mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa
banyak
yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya
tahu RM1000
yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.

Di sini saya membongkar 12 prinsip kekayaan yang boleh anda ikut:

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat
berapakah
pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu
disimpan
dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang
diperlukan
untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis
dengan
jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan
kepada
matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang
halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap
dan
terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan
matlamat
dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu
mengambil
wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan
mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka
mengambil
insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti
rumah
atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai
persediaan
jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak
cuba
untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan
dengan
bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan
memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh
itu mereka
akan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang
yang tamak
atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada
Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan
sebanyak
yang boleh.

No comments:

Post a Comment